Sunday, December 19, 2010

DuYuNg DaN KeTuRuNaN






Menurut lagenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupaiikanIkan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. 

Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagaiTuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. 

Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.
Putri duyung juga dikenal sebagai karakter dalam dongeng 
The Little Mermaid (1836) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Ni serba sedikit artikel yang dijumpai mengenai ikan duyung... mesti semua tertanya kenapa saya post tentang ikan duyung.. ehmm.. sebab 6 Mac ni movie cerita DUYUNG mula ditayangkan di pawagam;)

sebelum ni juga saya ada baca satu artikel di surat khabar Berita Harian tentang pencarian dunia Ikan Duyung..artikelnya seperti yang boleh anda baca di bawah:

KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas. Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini.

Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan. Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu:

"Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..." Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan.
"Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu. Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung? 

Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng. Mitos sebelum itu menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan. 

Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan. 

Selain Columbus, seorang lagi pelayar, Henry Hudson mendakwa turut terserempak dengan ikan duyung pada 1608 ketika dia dan dua rakannya sedang belayar di lautan di utara Russia. Lelaki itu menggambarkan ikan duyung yang ditemui mereka memiliki bahagian atas jasad seperti manusia, berambut panjang tetapi bahagian jasad bawahnya adalah ekor ikan. 

Daripada dakwaan terserempak dengan makhluk aneh itu, misteri membabitkan ikan duyung semakin membingungkan apabila ada pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambarnya malah menangkap jasad makhluk itu. Semakan menerusi internet mendapati ada pihak daripada merata dunia mendakwa menemui jasad ikan duyung, tetapi keaslian gambar yang tertera dalam beberapa artikel itu tidak dapat dipastikan. 

Selain gambar, terdapat juga 'jasad' kononnya ikan duyung yang dipertontonkan dalam pameran tertentu tidak saja di Malaysia tapi di pelbagai negara lain. Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun. 

Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu. Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan. 

Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui. Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus. 

Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia? Kalangan skeptikal menolak kewujudan ikan duyung sebagai satu spesies misteri yang belum ditemui sebaliknya mereka berhujah bahawa gambaran rupa dan jasad ikan duyung seperti diceritakan pihak tertentu sebenarnya disalah tafsirkan. Mereka percaya bahawa pihak yang mendakwa menemui ikan duyung termasuk Columbus sebenarnya terlihat sejenis spesies hidupan laut yang digelar 'dugong'. 

Ini berikutan dugung memiliki rupa yang agak menyerupai manusia malah turut menyusukan anaknya. Malah, seorang penyelidik, Frank Buckland, pernah menjalankan kajian terhadap satu jasad makhluk kononnya ikan duyung yang dipamerkan sekitar abad ke-19. Bagaimanapun, beliau mendapati bahagian atas jasad berkenaan iaitu tengkorak, rangka dan lengan sebenarnya milik seekor monyet dan bahagian itu dicantumkan dengan bahagian tulang ekor ikan yang besar. 

Sehingga kini, misteri kewujudan ikan duyung masih diperdebatkan. Pihak skeptikal terus menafikannya manakala setengah pihak lagi percaya ia adalah spesies hidupan misteri yang masih belum ditemui. Mungkin pada suatu hari nanti, kemajuan sains dan teknologi membolehkan manusia meneroka keseluruhan lautan, maka tidak mustahil yang jawapan kepada misteri ini akan diperoleh. 

Thursday, December 16, 2010

Failure...

10001 pertanyaan dlm 1 gambar
Hurmm...Kejayaan xkan ade jikalau kite xpernah hadapi kegagalan?
btoi x?huhuh...
Gagal skali bkn bermkna akan gagal selama yer...


Terdapat empat kategori pelajar gagal:
1. Pelajar yang memang rajin belajar dan berusaha tetapi gagal. Biasanya mereka gagal untuk dapat ‘Straight A’. Itulah istilah gagal bagi mereka.
2. Pelajar yang memang tidak berusaha dan malas belajar lalu gagal. Malah ada yang telah menjangkakan kegagalan mereka dari awal lagi. Ini berlaku kerana masalah sikap, pergaulan, terlalu mahu berseronok, masalah keluarga dsb. Mereka perlu dikaunseling dan perlu ikuti program motivasi atau pemulihan.
3. Pelajar yang gagal sebab tidak berkemampuan untuk cemerlang dalam akademik. Ini disebabkan kebolehan dan potensinya adalah dalam bidang dan jurusan yang lain. Ada pelajar yang telah berusaha tetapi memang kemampuannya setakat itu sahaja. Janganlah kita marah dan paksa anak untuk lakukan sesuatu di luar batas kebolehan mereka. Sedari potensi anak yang lain seperti dalam bidang sukan, kemahiran tangan, kebolehan komputer dan ICT, seni, keusahawanan, dan sebagainya. Dengan cara itu anak-anak tetap akan berjaya dalam hidup mereka satu hari nanti.
4. Pelajar yang sengaja menggagalkan dirinya atas alasan-alasan peribadi seperti tidak mahu duduk di asrama, tidak mahu bersekolah di sekolah aliran agama, sebagai tanda protes atas masalah yang wujud antara ibu bapa kononnya padan dengan muka mereka. Kumpulan pelajar sebegini memang perlu dibantu melalui sesi kaunseling. Ibu bapa juga perlu sedar kalau anak benar-benar tidak mahu ke asrama maka tidak perlu paksa. Nur Amalina Che Bakri pun mampu dapat 17A1 melalui sekolah harian biasa sahaja.
Untuk bangkit dari kegagalan ini, pelajar perlu jujur dan ikhlas menganalisa diri mereka sebab-sebab dan punca kegagalan itu.
usaha lah seperti org-org yg dibawah ini.....

Kalau memang sudah berusaha tetapi gagal maka:
- Mungkin terlalu ‘overconfident’ hingga menyebabkan berlaku kecuaian ketika menjawab soalan. Oleh itu pelajar perlu belajar dari pengalaman ini dan perlu semak jawapan banyak kali. Pelajar perlu ingat kesilapan memang boleh berlaku dalam peperiksaan.
- Gagal sebab tidak tahu teknik dan strategi peperiksaan peperiksaan. Pelajar perlu ikuti program Motivasi dan Kemahiran Belajar.
- Pelajar perlu Belajar Cara Jatuh. Ada pelajar yang ambil tindakan di luar akal fikiran yang waras hingga dulu ada kes pelajar yang bunuh diri disebabkan gagal dalam peperiksaan. Gagal dalam peperiksaan bukannya gagal dalam kehidupan. Sebab itu pelajar perlu belajar cara jatuh dengan cara:
o Terima hakikat tidak semua orang mampu dapat semua A
o Terima hakikat bakat dan kebolehan kita ada ditempat lain
o Ingat manusia hanya mampu berusaha keputusan tetap di tangan Tuhan
o Jadikan kegagalan itu sebagai ‘Stepping Stone’ bukannya ‘Stopping Stone’.
o Tanam azam untuk buat lebih baik dalam peperiksaan yang akan datang. Ada pelajar 5A dalam UPSR tetapi tidak mendapat semua A dalam PMR. Ada pula yang tidak semua A masa UPSR tetapi 8A dan 9A dalam PMR. Oleh itu kegagalan hari ini tidak ada kaitan dengan keputusan kita dimasa akan datang. The past is never equal to the future.
o Mula belajar dari awal tahun dan jangan tangguh menyelesaikan setiap perkara yang tidak difahami.

Wednesday, December 15, 2010

Now...Psai broadband....yg teuttttttt,,,,

Broadband...broadband.....aissshhh....














ak start pkai broadband baru jgk la...time birthday ak lepas...tau ka beli?cari la sndri tarikh yer..hahahha


mmg la nk beli...da ckup umur katekan..umur 18 keastas je bleh dftar acc broadband atas nama sndri..


so..ak dgn xpkir pnjg yer...terhenggih2 nk jgk beli broadband tu...dah la pkai duet ptptn lak tu...HAHAHAH..


Punca ak nk beli broadband tu sbb...time awal2 kt kolej dlu,dorg xactive kan lg line wireless sane..nk kena cari port sndri...yg ade yer..dkat cafe je..dah la rmai...so...cnfrm2 la bertimbun2 org nk msuk kan?btoi ke tidak? huhuhu


Sbb tu la ak nk jgk beli....ak xreti sgt pon nk dftar suma mcm mane..ak ajak membe ak teman kan skali g beli kt kdai2 yg berdekatan..yg ak tau..line celcom dgn maxis,celcom murah lg kan?btoi ke?haha


Broadband jnis cmni la ak guna..




mmg btoi la kan..tp line celcom down skit kt area ak tu..maxis ok lg..tp mhal la pulakk..takut bajet lari...
so ak beli la broadband celcom..byr bulan2..Rm 50 cmtu la..ak tatau pon yg broadbdan tu ade kontrak
 eak?sbb ak xguna pon dorg still charge jgk...adehhhhhhhhhhhhhhhh




nk xnk kena pkai jgk la..ak pon tatau smpai ble kontrak yer..nnti la ak try tnye dgn celcom centre (klo rajin la kan )hahaha...


penangan guna brg yg tatau dorg punya function or future die...huhuhu...
tp broadband tu still xleh gna lg..kena bayar dlu..bru boleh active line die..tp kalo xbyr pon dorg charge jgk..waaaaa...sudah pening disitu (ayat sapakah disni )hahaha...

Penyanyi Islamic

Waaaaa...sape xkenal mamat nih?
mmg xreti nk ckp la kan klo xkenal...
bak kate org rupa katak bwh ketiak je...
wakakkakakaka ( tu pepatah sndri buat )..
Maher Zain ni da byk kali dah dtg Malaysia,,tp xberkesempatan nk g konsert yer..maklumla bdak tgh blaja..
xde mase byk..( yoke? pdahal byk buang mase je..hahah )
membe ak pnh la g konsert die..
kat UIA..mmg la dpt pegi kan..sbb membe ak pon blaja kt sane..lolzzz..huhu
xpe..mudahan2 uitm pon dpt pggil artis mcm ni mai kt kampus..
konfrmmmm masyukk nnti kan...hahaha..


hmm....lagu yg ak plg ske dgr die nyanyi..adalah...


For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus




yaakkkk...tu dia...
ak nyanyi tuh..sedap x?
hahaha...cnfrm sedap la kan..hohoho



Lepas itu...
Bawah ini ade tertera serba sedikit ttg Biodata beliau..




Maher Zain lahir pada 1982 di Lebanon. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher zain berusia lapan tahun , di mana ia melanjutkan sekolahnya.


Maher mendapat keyboard pertama ketika ia berusia sepuluh tahun. 
Dia kemudian memasuki universiti dan mendapat memperolehi sarjana dalam Aeronautical Engineering  ketika masa remajanya, dia telah menghabiskan masa hingga larut  malam dengan rakan-rakan sekolah nya di mana mereka akan menyanyi, rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal.


Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik , Maher zain diperkenalkan kepada redOne, seorang penerbit muzik di  Sweden. Maher zain mula bekerja dengan redOne dan kemudian berpindah ke New York. 


Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula bekerja keras menghasilkan  album dan membuat kontrak  dengan Awakening Records. inspirasi pertama Maher zain  adalah ayahnya sendiri , yang merupakan penyanyi solo  dan menyanyi di kawasan tempatan di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.Maher zain telah mengadakan sebuah konsert percuma di Bahrain,  dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir

Mukhadimah..

aiyaaaa.....budak baru la kate kan..hahah...
apa pa pon..tq so much to hafiz..mmbe baek ak...(baek la sgt...hahahhaa)..sbb mwujudkan blog nih..
ak ad buat 1 blog ritu..tp xpelah..ni da ad..gne je la..
hahahha
gpon ak amatur lagi...baru2 nk bernakal nakalan dgn bloging nih..
mmmbe2 ak pon rmai yg buat bnda nih..hohoh
oraiiitt....
pape pon...trima kasih byk2 kepada bdak bwh nihh....

Mohd Hafiz Bin Rosmin 
tu atas tu...blog die...klu rajin..jd la follower die yaakk...
tp sblum tu..jd la follower ak dlu yaa...al maklum la baru2 nih cnfrm xramai org kan?
gagaggaga....

Tuesday, December 14, 2010

Salam perkenalan

Assalamualaikum semua,

saya masih baru lagi dlm dunia blogging ny.saya harap rakan2 semua dpt membantu,memberi tunjuk ajar, dan nasihat kepada saya sedikit sebnyk ttg dunia ni.hehe.

Terima Kasih~